Mommy Yaya..Wife En.Polis

Mommy Yaya..Wife En.Polis

Teman-Teman Blogku

Friday 29 March 2013

Tempahan Kek Coklat Moist

Salam,

Nak update lelaju sebab hari ni aku half day..Balik kampung!yabedabeduuuuu!
Okeh,kek ni order dari customer regular a.k.a adik sedara aku jgk..Esok adik dia kawin..
So aku balik nak delivery kek ni kt dia n esoknye nak datang kenduri la..
Kebetulan lak Ex Schoolmate aku pun kenduri kawin nye pon esok jugak.Memang cantik sangat la timenye.
Ape2 pon nah layan gambo kek ni ha..Terima kasih Reena.











(p/s:Tahniah buat teman2 yang mendirikan rumahtangga esok)


Loves,
Mummy Yaya

Monday 25 March 2013

I am a Certified 1st Aider! - Aku Da dapat Certificate

Salam

Da lama giler kot aku gi Course ni.Actually tiap-tiap tahun Safety Department kat KLCCUH ni akan menganjurkan Basic 1st Aid course untuk sume Tenant2 yang ada kat PETRONAS Twin Towers ni dan tak lupe jugak untuk staff2 KLCCUH sekali.

Ini adalah sebahagian daripada persediaan untuk Fire Drill & Evacuation exercise di Twin Towers.Fuhhhhhh...Memang fun course ni & penuh dengan ilmu2 yang sangat2 berguna jika berlaku sesuatu kepada orang2 diluar sana dan anggota keluarga kita..

Ni aku nak tunjukkan certificate yang aku dapat..Lama gak la nak dapatkan certificate ni..Ape pun beruntung sebab company support untuk amik course ni.Kalo nak amik sendiri kat luar memang mahal la.Untuk kawan2 kat luar,kalo company korg bagi peluang macam ni,grab it.memang tak rugi.





Card ni boleh renew setiap 2 tahun  sekali






(Paling best bab makanan nye la..hehehehe)


Loves,
Mummy Yaya

Wordless Monday - Let the pictures told you everything





May Allah bless this brother & lil sister with lots of loves.


(Speechless!)


Loves,
Mummy Yaya

Tempahan Red Velvet Cupcakes

Salam

Da lama aku nak update entry ni,tapi tak berkesempatan.Al Busy la katakan.
Ni tempahan Red velvet cupcakes dari wife kawan tempat keje En Babah untuk.Dia order senyap2 coz nak wat suprise kat husband dia yang tak suke celebrate bufday...
Kami jadi rapat since husband kitaorang sama2 g rekrut kt PULAPOL tahun lepas.Sekarang ni dia tengah menghitung hari nak bersalin anak sulung.Semoga selamat sumenye.
Red Velvet ni ada 12biji Medium size dengan Cream cheese frosting.. Aku deco biasa2 je coz tuan punya nak simple2 je.






Kalo berminat nak order bole la SMS/Whatsapp aku 012-3539046(Nana)
Bak kata org belom cube,belom tau.. Da cube bu tau rase nye...insyaallah..


(Alhamdulillah,dalam proses belajar lagi)


Loves,
Mummy Yaya

SELAMAT HARI POLIS En Babah

Salam,

Hari ni merupakan Sambutan Hari Polis Yang ke 206.
Tahun ni jugak merupakan tahun pertama En Babah bergelar seorang anggota Polis.Walaupun cuma seorang anggota POLIS BANTUAN,akan tetapi tugasnye tidak semudah yang disangka..Bertanggungjawab menjaga keselamatan staff-staff,branch & harta benda syarikat adalah sedikit sebanyak sama seperti tugas seorang anggota polis yg menjaga keselamatan negara..

Alhamdulillah,setelah hampir 2 bulan lebih mengharungi segala latihan,perit jerih,penat lelah akhirnye En babah ditauliahkan sebagai anggota POLIS BANTUAN pada 2/11/2012.Syukur...tercapai jugak cita-cita dia untuk menjadi seorang anggota polis.

Sekalung TAHNIAH dari mummy untuk awak En babah...teruskan perjuangan awak..me & Yaya always support u from behind.. May Allah bless u always.

No Badan En Babah
Pas Kerja..(gambo 6 thn lepas)
Lencana di lengan uniform

Senyuman sambutan hari polis dr En Babah
Senyum kambing

Family photo pas En Babah abis Perbarisan tamat Latihan
    
Opkos la gamba tuan tanah kedaung.panas giler padang kawad nih!



(p/s:En Babah kebanggaan aku & Yaya.Binik polis jgk akhirnye aku..kih3)


Loves,
Mummy Yaya



SELAMAT HARI POLIS KE 206 - 93 Anggota Barisan Hadapan OPS DAULAT Sertai perbarisan Sambutan Hari Polis


Salam,

Mereka tidak dapat hadir pada perbarisan Hari Polis hari ini, tetapi semangat juang lapan anggota polis yang gugur di medan pertempuran dengan pengganas militan di Sabah tetap menyala di kalangan rakan seperjuangan mereka.

Malah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerbangkan khas 93 anggota barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam Operasi Daulat untuk menyertai perbarisan Hari Polis Ke-206 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini.

Kumpulan yang terdiri daripada 50 anggota dan 13 pegawai Komando VAT69 dan Jabatan Siasatan Jenayah itu dijangka menyertai perbarisan dengan mengenakan pakaian seragam lengkap semasa operasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata kumpulan itu adalah pasukan barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 1 Mac dan serangan hendap di Kampung Simunul, Semporna sehari selepas itu.

Pertempuran antara pasukan keselamatan dan militan dari selatan Filipina yang menceroboh Sabah sejak 12 Feb lepas, di Kampung Tanduo mengorbankan dua anggota keselamatan manakala enam anggota polis gugur dalam serangan hendap di perkampungan air di Semporna.

Mereka yang terkorban di Kampung Tanduo ialah ASP Zulkifli Mamat, 29, dan Sjn Sabarudin Daud, 46, manakala anggota yang gugur di Semporna ialah ACP Ibrahim Lebar, 52, dan Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, DSP Michael Padel, 36, Sjn Mejar Baharin Hamid, 49, Sjn Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48, dan Sjn Salam Togiran, 42.

Ramli berkata pada majlis itu tujuh balu dan seorang waris anggota yang terkorban akan mengambil kenaikan pangkat pegawai dan anggota berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam wawancara khas sempena hari polis berkata pasukan keselamatan menunjukkan kesungguhan, komitmen dan kepahlawanan yang tinggi dalam menangani krisis pencerobohan di Sabah.

"Saya sendiri yang berada di barisan hadapan lebih kurang dua minggu dapat melihat berapa beraninya semangat yang ditunjukkan pasukan keselamatan kita demi rakyat di Sabah," katanya.

Sambutan Hari Polis pada tahun ini yang bertemakan 'Komuniti Sejahtera Komitmen Kami' itu antara lain, akan mengetengahkan revolusi kepolisian negara sejak zaman Kesultanan Melayu hingga kepada usaha pasukan keselamatan itu ke arah perkhidmatan masyarakat bertaraf dunia. 
  
Tiga era perkhidmatan PDRM itu ialah dari zaman Kesultanan Melayu sehingga negara mencapai kemerdekaan; pasukan polis di zaman pasca merdeka sehingga era komunis; dan menuju era kepolisian bertaraf antarabangsa.

Konsep ketiga-tiga era itu akan dipersembahkan dalam perbarisan Hari Polis, merangkumi kelengkapan dan pakaian polis. Turut dipersembahkan pada perbarisan itu ialah pertunjukan pantomin yang akan dipersembahkan mengikut era kepolisian masing-masing.

Pada sambutan kali ini buat pertama kalinya, pasukan polis akan mempersembahkan lagu tema perbarisan sempena sambutan Hari Polis.  


(Al fatihah buat mereka yang telah terkorban kerana mempertahankan tanah air)


Loves,
Mummy Yaya

Friday 22 March 2013

Mummy & Babah Redha - Keguguran itu satu pengalaman berharga buat aku

Jika tak lama dulu mummy & babah gembira dengan perkabaran gembira dengan kehadiran kamu dalam rahim mummy .. namun siapa menduga minggu lepas mummy & babah bersama kakak Yaya berkongsi airmata diatas pemergian kamu dari rahim mummy juga!




Anakku ... Terima kasih kerana sudi singgah dalam hidup Mummy,Babah & kakak Yaya walupun hanya sementara..

Anakku ... Sesungguhnye kehadiran awk tak pernah Mummy & Babah duga dan pemergian awk tak pernah kami pinta..

Anakku ... Maaafkan Mummy kerana tidak menjaga awak sebaik mugkin ketika awak dalam rahim Mummy!Mummy sendiri pun buntu memikirkan dimana silapnye..Akan tetapi,Mummy & Babah redha dengan ketentuan ALLAH SWT

Pemergian awak tidak membuatkan Mummy & babah sesekali berputus asa.ALLAH Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui ape yang terbaik untuk Mummy,Babah & kakak Yaya..Pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik pengalaman pahit ini.

Anakku .. Walupun Mummy & Babah sedih dengan pmergian awak,Tetapi sebagai hamba-NYE yang lemah,kami sangat REDHA dengan ujian dari ALLAH ini.Semoga kenangan pahit ini akan dibalas oleh ALLAH dengan perkara2 yang baik dalam hidup Mummy & Babah.... INSYAALLAH
Sessungguhnye ujian ini menguatkan lagi kasih sayang kami berdua pada ALLAH swt dan percaya bahawa ujian dari -NYE ini adalah kerana DIA sayang & kasihkan hamba2 -NYE .... 

(Syukur alhamdulillah diuji ketika kandungan masih awal usianye)


Loves,
Mummy Yaya




Wednesday 20 March 2013

Yaya anta mummy g work






Pagi2 lagi anak dara nan sorg ni da bangun nak anta mummy g work..



(Alhamdulillah tak susah nak wake her up early morning...)


Loves,
Mummy Yaya

Monday 18 March 2013

Yaya dengan kasut Caterpillar yang sangat comel

Salam

Last week aku amik 1/2 day leave.. balik tu bosan2 tak tau nak wat ape En.Babah ajak aku ngn Yaya ke Giant.Nak beli barang dapur skit katanye..alang2 masa tu lak family aku nak datang bermalam kt umah kami sbelom bertolak ke Melaka..(tapi tak jadi pun coz ada perkara2 yang tak dapat dielakkan)

Pas da beli barang umah En Babah siap singgah untuk tukarkan batery jam kesayangan dia yang da tamat tempoh tu,ni la benda yang aku grab untuk si kecik tu ..


Tadaaaaaaaaaaaa!!!!!

Caterpillar shoe yang aku cari2! Comel sangat!

Tengok tu,Tdo pun pakai kasut... Yaya2......

Baru bangun tido

Baru bangun tido nak ke umah mak long dia

COMEL sangat2! sesuai ngan yaya yang kiut miut tu...Huhuhuhu..hari2 la dia nak pakai kasut tu..


(Nak beli kasut sendiri,terbeli lak kasut anak..heh!)


Loves,
Mummy Yaya

Friday 1 March 2013

Sharing Session

Salam...

Pic sharing session Peserta BLC...


                                      Aku & Hajar yg sentiasa bersama2 dalam program ni

                                                    Aku masa mula2 join program ni

                                              Dengan sebahagian peserta & Consultant



(Pic banyak,tp tah kmana aku simpan)


Loves,
Mummy Yaya

Biggest Loser Challenge Award Day

Salam...

Lama  tak menulis.Sejak preggy ni malas nak wat ape2..
Moh kita teruskan ke cite kita...

Ari rabu ritu berlangsung majlis penutupan Acara Biggest Loser Challenge yang di anjurkan oleh pihak company aku..So aku adalah salah sorg dari 15 peserta yang terlibat.
Walupun tak menang ape2 at least aku bangga dengan diri aku sebab tetap ada penurunan berat badan walupun tak banyak... pihak penganjur pun sangat terkejut kerana walupun aku telah disahkan preggy tapi aku tetap turun berat... heheheheh..maner tak nye..makan tak bpe lalu,minum pn tgok mood..siap masuk ward lagi 3 mggu lepas...
So far aku rase program ni banyak membantu kitaorg dalam proses penurunan berat la..insyaallah pas bersalin nanti akan aku praktikan lagi petua2 tu...huhuhuhuhu...nak kurus la katakan...
Jom kita jenguk2 gambar sekitar majlis penutupan....



                           Ucapan dari Ayahanda KLCC Group CEO,Tn Haji Hashim Wahir

                                                              Barisan tetamu2 VVIP

                                              BLC MOSAIC PIC - Keseluruhan Acara


                                       Peluk tubuh adalah salah satu cara untuk releasekan stress...

                                    Dr Azrul Rozaiman,Consultant Dr Hosp Pakar An Nur

                                                             TOP 4 BLC contestant

             Tuan EMCEE yg sorenye sgt merdu mengalunkan ayat2 suci al-quran... alhamdulillah

                                Sesi urutan untuk melegakan sakit kepala...sgt berkesan

                                                                          TOP 3

                                          Peserta BLC dengan bergambar dengan VVIP

                                                                          Poster

Ladies with the winner!




(Petua : 1 liter air = untuk 25kg berat badan kita)



Loves,
Mummy Yaya