Mommy Yaya..Wife En.Polis

Mommy Yaya..Wife En.Polis

Teman-Teman Blogku

Thursday 5 December 2013

Tempahan Black Velvet + Red Velvet 9 pcs Cupcakes

Salam,








Tempahan dari ofismate untuk 1st year relationship dia..Request topping Cream cheese sebab dia tak suka buttercream.Muak katanye..Alhamdulillah..Time Kasih Fyra..Semoga hubungan kalian kekal sampai ke jinjang pelamin..

[Nota Kaki:Rezki anak~~]

Love,

Mummy Yaya

Himpunan Kata-kata Hikmah - 4

Salam,


 [Nota Kaki:Bersyukur punya sahabat yang saling mengingati satu sama lain~~]

Love,

Mummy Yaya

Himpunan Kata-kata Hikmah - 3

Salam,


[Nota Kaki:Sentiasa bersyukur~~]

Love,

Mummy Yaya

Himpunan Kata-kata Hikmah - 2

Salam


[Nota Kaki:Alhamdulillah~~]

Love,

Mummy Yaya

Himpunan Kata-kata Hikmah - 1

Salam,



[Nota Kaki: Amin~~]

Love,

Mummy Yaya

Jajan Peberet Aku Zaman Kekecik Dolu

Salam,

Sure korang masa kecik-kecik dulu ada jajan yang korang suka kan? Aku pon ada.. Sekarang zaman makin canggih dan ada berbagai macam jajan @ bahasa kampungnye cekedis yang ada kat pasaran sekarang..Dah tentu la anak-anak kita pon suka makan jajan ye dak..Anak aku pon sama..Hehehehe..Mane tak nye..Da maknye antoo jajan..Anak pon kena tempias la..Hahahaha..

Jajan-jajan ni aku tengok kat pasaraya Checkers kat ngan umah kakak aku..Sebelom amik Yaya,En Babah ajak aku gi sana..Nak beli barang niaga kawan dia..So belek punye belek aku jumpa sume jajan peberet aku kat situ! Wahhh..Best giler katanye! Sebab kalo gi Hypermarket len pon susah jugak nak cari jajan-jajan ni..
Memang aku ke Checkers je la untuk borong jajan-jajan peberet aku ni

Jom layan jajan-jajan peberet aku nih...

Rostik perisa Sotong

Perisa Kari Ayam

Rota perisa Udang

Popcorn Durian

Super Ring! Yaya pon suka!

Ni sebahagian dari jajan feberet aku

Satay Jelly Fish - Sebungkus aku bole abiskan sorg!

Bubble Gum - Ada kaler Hitam Putih,Merah Putih & Biru Putih

Choki - Choki
Kalo shopping barang umah jajan mesti masuk dalam troli..Hahahaha..Ye la kalo da mgadap TV mesti nak ada makanan yang bole dikudap-kudapkan..

[Nota Kaki:Sedap ~~]

Love,

Mummy Yaya

Wednesday 4 December 2013

Ayat-ayat yang sering diungkapkan oleh para wanita

Salam,

Ni aku nak share la kan serba sedikit ape yang diungkapkan oleh kami para wanita..betol atau tak..awak semua nilai la sendri..Happy Viewing!


1) Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.

(2) Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.

(3) Tak ada apa-apa
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.

(4) Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.

(5) Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.

(6) Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda

(7) Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe

(8) Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.

(9) Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.
Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya 

[Nota Kaki:Ada jugak la kengkadang~~]


Love,

Mummy Yaya

25 PESANAN LUQMANUL HAKIM KEPADA ANAK-ANAKNYA.

Salam,

Pesanan Luqmanul Hakim kepada anak-anaknye..Semoga kita juga bole meninggalkan pesanan ini kepada anak-anak kita

1- Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAQWA, isinya ialah IMAN dan layarnya adalah TAWAKKAL KEPADA ALLAH.

2- Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah juga.

3- Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawadduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah.

4- Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

5- Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6- Selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak derhaka pada Allah. Takutlah pada Allah dengan sebenar-benar takut (Taqwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah.

7- Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8- Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi lebih berat lagi dari semua itu bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

9- Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimu saja yang layak menjadi utusan.

10- Jauhilah bersifat dusta, kerana berdusta itu mudah untuk dilakukan, bagaikan memakan daging burung padahal sedikit sahaja berdusta itu memberikan akibat yang berbahaya.

11- Hai anakku, apabila engkau mempunyi dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, maka pilihlah untuk menziarahi orang yang mati kerana ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanyalah mengingatkanmu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12- Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu lebih baiknya bila diberikan kepada anjing sahaja.

13- Hai anakku, janganlah engkau terus menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah terus memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14- Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang yang bertaqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15- Hai anakku, bukanlah satu kebaikaan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api,walaupun sudah banyak dan rasa tak mampu untuk dipikul tapi ia masih mahu menambahnya.

16- Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Apabila dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambilnya sebagai kawan. Bila tidak demikian maka berhati-hatilah.

17- Sentiasalah bertuturkata yang baik, halus budibahasa serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang berharga.

18- Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarlah dia yang mengharapkan sesuatu daripadamu.

19- Jadikanlah dirimu sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian dalam setiap tingkah lakumu atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riak yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20- Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia sahaja kerana engkau diciptakan Allah bukan untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21- Hai anakku, berusahalah untuk tidak mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat jika berdiam diri. Jika berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat pada orang lain.

22- Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang melucukan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

23- Barangsiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata sesuatu yang beracun dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24- Hai anakku, bergaullah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati mendengarkan nasihatnya, hidupkanlah hati dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25- Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan jadi pengemis yang bisa membebankan orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya apa yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak nanti akan membinasakan dirimu.

[Nota Kaki:Anak itu amanah dari Allah~~]

Love,

Mummy Yaya

Kami Rindukan En Babah

Salam,

Da 4 hari En babah p outstation..Rindu?mesti la..Giler la aku kalo tak rindukan laki sendiri ye dak.. Ni kali kedua En babah berjauhan dari kami since kuar dari PULAPOL setahun yang lepas..Demi tugas aku redha je..Lagi pun aku anak bekas anggota polis..Salu kena tinggal time abah kena operasi tu da biasa pada aku..So this time Yaya lak rase..huhuhuhu..Karma la katakan..huhuhuhu..

Alhamdulillah da 4 ari ni..aku ok je la..emosi tu ada la terganggu skit..Tapi aku isteri yang bekerja,so takde la pikir sangat pon..Syukur sangat sebab aku ada kakak kat sini..ape-ape hal senang mintak tolong..Alhamdulillah..Sebelom En babah g oustation dia ada tinggalkan kain pelikat wat selimut buntat dia tu..Tiap-tiap malam la dia tido atau nak menyusu je mintak selimutkan dengan kain tu..barangkali ada bau babah dia agaknye..

Sepnjg 4 hari ni kalo nampak muka aku yaya mesti tanya babah dia..Dalam sehari tu ada la berpuluh kali dia tanya..Buntat babahkan! Ye la masa babah dia masuk PULAPOL dulu dia baru 8 bulan..sekarang da nak masuk 2 tahun..mulut pon homeh semacam..erkkkkk..!!! Tanya itu ini..stress gak la..Budak bijak kan macam-macam la dia tanya..Semalam badan dia cam dedor skit..aku cepat-cepat bagi ubat demam..incase la kan..Demam rindu tu..

Aku sms En Babah..sayu je ayat dia..Aku tau dia pun rindukan buntat dia tu..Aku call la En Babah,bagi dia dengar sore buntat dia tu..Diam je yaya..pandang-pandang screen tepon tu kot-kot ada babah dia..Anak henpon mummy ni cokia je..xde 3G gitew! Sore En Babah pun cam bergetar je..Dia pun rindu..Da lama tak berjauhan ngan anak dara dia tu..Sabar ye bang..Pas letak tepon..Aku tengok bertubir air mata anak dara tu..Alahaiiii..rindu sangat-sangat la tu..Aku pun mane bole tahan tengok anak macam tu..aku pun betubir jugak la mata ni..Budak besar yaya pun da tau erti rindu..

Kesian Yaya..Apa nak buat..kena la korban kan rase rindu tu..Awak anak polis..So kena la biasakan diri k..Anak mummy & babah ni kuat orangnye..Walupun rindu dia tetap ceria sebab dikelilingi oleh family yang sayangkan dia..Minggu depan babah balik kita ajak pi jenjalan ye sari suntuk untuk awak..Be strong my lil sweetheart..

Ni gambo kami berdua pas balik dari Bukit Jalil Arituhad.garang tol buntat sorg nih!

Tido berselimutkan kain pelikat babah dia..
Alhamdulillah yaya tak banyak sangat meragam..mengade-mgade skit-skit ada la..Biasa la kan budak manja..Anak yang baik dan tak menyusahkan..nakal & lasak je..Budak-budak kan..Nak-nak lagi dia memang hyperaktif..Demam pun cam tak demam je..huhuhu..Alahai anak!

[Nota Kaki:menghitung hari~~]

Love,

Mummy Yaya

Hand Mixer & Blender Baru

Salam,

Arini ari ke 4 En Babah outstation ke Penang.Next week weken baru balik KL..Huargghhhh..lamanye!Tapi ape nak nak buatkan..Da tugas sorang polis Bantuan bank memang camtu...Untung la laki aku tu bukan Regular..kalo tak silap-silap anak pon tak mo dekat dengan dia..kihkihkih..

Berbalik kepada tajuk diatas,dua benda ni En Babah belikan untuk aku sehari sebelom dia p Penang..Ye la..Blender aku beli masa bujang dulu da rosak..Kalo nak blend cili kering kena la g umah kakak aku..Leceh kan! Aku da lama nak beli blender..Tapi rezki belom ada..Kebetulan pulak aku ke Tesco aritu nak beli Hand Mixer.Sebabnye mixer hadiah anniversary dulu tetibe lak rosak..huishhh..Spoilt betol..En Babah nak belikan yang branded skit time dapat bonus nanti..Tapi kalo nak tunggu bonus camner aku nak wat kek yang customer da order?Betol x?

Bodek punye bodek dapat la mixer tu..Brand Pentec je.Jadi la untuk sementara.Aku bukan nye reti sangat nak mintak macam-macam ngan dia..Ye la..kena tengok poket jugak..huhuhuhu..Da amik mixer ternampak lak dek mata dia akan blender berjenama sama dengan hand mixer tu..RM29.90 je regenye!percaya tak?sebelom ni MIL aku ada beli jgk..aku de tengok kat umah adik ipar aku..ok jugak..En Babah tanya aku nak ke tak..aku kalo ikut hati memang la nak..tapi memandangkan dia nak pi outstation kena pakai duit banyak aku cakap tak yah je la..

Adegan pujuk memujuk berlaku la disitu...wakakakakaka..Aku cakap tak nak,En babah cakap amik la..sepuluh kali argued,at last aku amik la jugak dengan hati berat..

Alhamdulillah..Terima kasih En Babah..susah-susah je belikan..tak perlu pun sebenarnye blender tu..Lenkali pon bole beli..Tapi da org belikan amik je la..takkan nak tolak tuah ye dak...hahahahha

Jom la kita tengok ruoe blender & hand mixer aku tu...

Blender & Hand mixer Jenama Pentec

Blender baru!Yahooooo!!!!

Hand Mixer baru..kaler kulit Lemon



Hand mixer tu da selamat aku rasmikan ari senin baru ni..Blender belom lagi..Alhamdulillah..Rezki yang tak diminta..Syukur..Semoga Allah murahkan rezki En babah untuk kami sekeluarga..Amin

[Nota Kaki:Rindu.. ~~ ]

Love,

Mummy Yaya

Twin Towers in Pink- Let's Together Defeat Breast Cancer!

Salam, 


Untuk pengetahuan korang sume,bulan Oktober adalah sambutan Hari Kesedaran Kanser Payudara ato dalam bahasa omputehnye Breast Cancer Awareness Day.. Aku tengok kebanyakkan Corporate Company kat Malaysia ni menyahut seruan dengan memakai baju @ tshirt berwarna Pink atau makai Ribbon pink sebagai symbol menyokong kempen ini.

Buat pertama kalinye..PETRONAS,PETRONITA bersama-sama Jenama Kosmetik terkenal ESTEE LAUDER telah bekerjasama menerangi Landmark paling terkenal di Malaysia,PETRONAS Twin Tower dengan warna PINK untuk membantu kaum wanita meningkatkan kesedaran kepada mereka tentang kesihatan Payudara dan pengesanan awal  untuk mencegah Kanser Payudara..

Estee Lauder telah meraikan ulangtahun ke 21 tahun dalam menyokong kempen kesedaran kanser payudara, yang dipelopori oleh pengasasnya Evelyn Lauder yang merupakan seorang penghidap kanser tersebut yang masih hidup.

Bagi tempoh enam tahun yang lalu, Estee Lauder telah sepakat untuk menyalakan pelbagai mercu tanda ikonik di Kuala Lumpur dengan warna merah jambu, ia nya termasuk lah Pavilion, Bintang Walk, Farenheit 88 dan Pusat Sains Negara.

Jadi pada 18 & 19 Oktober lalu,giliran PETRONAS Twin Towers & KLCC Lake Symphony Fountain pula memancarkan cahaya berwarna Pink..Sangat-sangat cantik & AWESOME! 

Walaupun dalam hujan dan cuaca yang agak suram, tetamu, shoppers, dan orang kenamaan dalam pada masa yang sama telah dipaparkan dengan  pemandangan yang indah kerana ada daripada mereka sanggup meredah hujan dan berdiri di luar untuk melihat acara ini.

Mereka yang terlibat disebalik tabir untuk menjadikan Twin Towers berwarna pink adalah KLCC Team!BRAVO untuk kerja keras mereka itu!Memang cantik dan berbaloi dengan penat lelah mereka yang terlibat.TAHNIAH,TAHNIAH,TAHNIAH untuk mereka! 

Jom layan gambar-gambar PINKISH Twin Towers & Symphony Lake Fountain yang sangat menarik..

Official Banner

Barisan tetamu-tetamu VIP yang hadir

Kedua-dua Tower

PETRONAS Twin Towers & KLCC Lake Symphony Fountain


Pandangan dari Viewing Deck Level 86

Langit pun turut berwarna Pink terkena tempias pancaran Spotlight

hasil kerja KLCC team yang bersengkang mata untuk buat yang terbaik!

Selama 2 hari berturut-turut kedua-dua tower dilimpahi sinaran cahaya berwarna pink..Manakala Symphony Lake pula sehingga hujung bulan Oktober aritu..AWESOME! Coming Soon apa pulak ek?..Nanti kan je la apa yang bakal berlaku pada Towers & Symphony Lake ye!

Let’s Defeat Breast Cancer!We’re Stronger Together !

(p/s:475 biji Spotlight..Phewww!Salute!)

Love,

Mummy Yaya