Mommy Yaya..Wife En.Polis

Mommy Yaya..Wife En.Polis

Teman-Teman Blogku

Monday 31 March 2014

Cabaran 10 Hari Bersama SlimFast Diet

Salam



Sepatutnye minggu lepas lagi aku da kena wat Entry review ni..Tapi Ari ni baru berpeluang untuk wat Entry pasal SlimFast Diet nih..Busy mak nok! Ngan keje lagi,ngan appraisal lagi..Tadi baru setel aku punye Appraisal..Kelam kelibut jadinye..Hahahahaha [ busy sangat la ko nana..Kalah Bos!]

1st of all aku nak ucapkan TQ so much kt MyBeauty Herbs & Kak Mia Liana sebab sudi pilih aku untuk menjadi salah sorg dari 40 org yang terpilih untuk mencuba produk ini..Nak tau sejauh mane keberkesanan produk ni,Korang kena la cuba sendri..Lain badan,lain la kesannye..Hik3!

Disebabkan aku ni sangat la beratnye...95.8 kg.. [Tott3!Kenderaan berat kata kau! ] hahahahaha..So aku dapat 2 kotak..Which is aku kena amik 2x sehari..1st day minum..aku ke tandas dalam 4 kali la..Memang lawas..sesuai sangat untuk aku yang ada masalah sembelit yang mild ni kan

Pas membuang aku memang akan rase haus la..Aku ni memang peminat tegar air kosong.So nak minum takat 3 liter sehari tu memang takdak hal la! Sedap kot air kosong nih..Hahhaha..


Hari pertama pengambilan SFD

SlimFast Diet ni memang mencuci usus & Kolon dengan berkesan.Ia nye adalah sebahagian dari cara untuk kurus dengan cepat. Alhamdulillah aku da takde sembelit lagi..Lancar je..Rase Rasberry Royale ni memang sedap la pada tekak aku..Minum pun takde la muka tu berkerut-kerut katanye..Selain tu jugak SFD ni akan buat kita rase kenyg & yang paling penting,di samping menurunkan berat badan ia nye juga memberi kita tenaga.So takde la kita rase lesu je walupun tengah ber Diet kan..









Sedikit Informasi Tentang SFD


Formula Slimfast diet ini diperkaya dengan kandungan organik seperti raspberry, apple fiber, psyllium husk, oligo, collagen, orange de, acaiberry, grape seed, garnicia cambogia, hoodia, cassia angustifolia, l-carnitine, minerals dan vitamin. Slimfast diet dapat membantu menurunkan berat badan dengan pantas dengan 6-8 kilo mengikut tempoh serta metabolisma seseorang. 
Kandungan ramuan Cassia Augustifolia dan Psyllium Husk dapat membantu membersihkan kolon serta menggalakkan penurunan berat badan yang berterusan malah mencantikan kulit dengan adanya vitamin dan mineral. Gabungan Acai Berry dan Collagen dapat menyumbang nutrisi yang diperlukan tubuh semasa proses penurunan berat badan. Malahan kandungan Apple, Raspberry dan Ekstrak oren yang kaya dengan vitamin A,C dan E dapat memperbaiki struktur kulit dari menggeleber dan berkedut.
Penggunannnya adalah memastikan anda tidak berlapar semasa didalam proses diet. Untuk proses penurunan yang lagi cepat lagi berkesan, lebihkan makanan yang berprotien seperti ayam, ikan, daging, telur, seafood dan sayur. Kurangkan memakan makanan yang berminyak, susu, gula, berkanji, gandum dan beras untuk mendapatkan kesan yang optima. Minumlah air kosong 2-3 liter sehari supaya lemak yang dibakar dapat keluar dari badan melalui air kencing dan peluh. Penggunaan yang berterusan dapat dapat membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal, meningkatkan dan menyeimbangkan hormon sekaligus memelihara keseimbangan kesihatan secara menyeluruh.
Rupa SFD setelah dibancuh.
Abaikan gambo yang agak blur tu..Kamera henpon cap ayam jek!
Ha!Ni result aku selepas 10 hari cabaran SFD![Aku amik pagi tadi] Alhamdulillah aku turun dalam 5.2kg je..Ok la kan! Ni sebab aku tak bersenam langsung..Kalo bersenam memang lagi banyak la turun..Hhahahahah.. [Pemalas nak sarung kasut sport gi joging/exercise].Tidak dinafikan SFD adalah produk pelangsingan yang sangat berkesan yang bukan sahaja dapat melangsingkan badan tetapi juga dapat mengempiskan perut yang buncit

Ape perubahan yang aku rase? opkos la suar jadi longgar sedikit dari dulu..Alhamdulillah.perut pon buncit da kurang..Almaklum la aku ni kan tgolong dalam kategori Gemuk Air..Hehehehe

Kalo korang nak langsing dengan sihat & tak memudaratkan,Aku cadangkan korang  cuba Slim Fast Diet by MyBeauty Herbs..Memang tak rugi...


Giveaway SlimFast Diet dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs dengan hadiah dan wang tunai bernilai RM 3,600 untuk dimenangi.

Love,
Mummy Yaya

Wednesday 26 March 2014

1st Giveaway By BCA

Salam


Jom kawan-kawan join GA ni sambil-sambil tu bole la kita rapatkan Ukhuwah sesama kita..

Senarai Hadiah-hadiahnye :

  • Cash RM 20 + Keychain
  • Kupon pembelian Satin Skinz Bernilai RM 50 X 5
  • Topi B.A.P x 1
  • Tudung Bawal x 2
  • Top up RM 10 x 2
  • Top up RM 5 x 2
  • Keychain X 10(untuk 10 peserta terawal)
  • Menjadi Bloglist BCA/HBZTailor selama 2 Bulan (Untuk peserta terakhir)

Menarik bukan hadiah-hadiahnye?Apa lagi kawan-kawan..jom la join!
Good Luck!

[Nota Kaki : GA yang ke 3~~]

Love,
Mummy Yaya

Tuesday 25 March 2014

GA -MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah

Salam




Seronok nak join GA ni..Maklum la aku ni newbie dalam dunia blogger ni..sambil-sambil tu bole tambah kenalan..

Ok la tak nak bebel panjang-panjang..Kalo nak join kat bawah tu aku sertakan syarat-syaratnye..Selamat Mencuba!

Syarat-syarat sah...

1) Blogger warganegara Malaysia
2) Boleh follow blog adik ayie. Takde sebarang paksaan
3) Buat satu entry bertajuk "MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah"
4) Tempek banner di atas dan backlink kan kat blog adik ayie ni
5) Publish dan tinggalkan url korang dekat komen box blog adik ayie ni.

[Nota Kaki : Tambah kenalan~~ ]

Love,
Mummy Yaya

Tuesday 18 March 2014

Segmen : ayuinsyirah mencari rakan blogger

Salam


Hari ni nak join Segmen Dari Ayu Insyirah..Moh la join..leh kita berkenalan dan tambah followers..~

Saya berasal dari Pahang ... :)

[Nota Kaki : Nak rajin blogwalking~~ ]

Love,
Mummy Yaya

Friday 14 March 2014

Diva Kecik

Salam

Ada gaya cam diva tak anak dara aku nih?hahahahahha

Ni masa En Babah nak bawak kami jenjalan pusing penang minggu lepas..

Aku nak pakai spek tu..datang Yaya trus amik pakai! Huh bertuah punye anak..

Tenggelam muka dek spek mata besor tu!Huh..Berlagak DIVA kunun..!!


Tengok je la gelagatnye tuh.Awak ingat awak tu Che Ta ke anak oi!

Kendong beg,peluk botol susu..yang tak bole tahan..Jari telunjuk kanan tuh! Ase nak gigit je..Hahahahahah

Berlagak ya amat dapat dukung ngan babah dia tuh..Huh

[Nota Kaki : Da pandai panggil diri sendri 'Kakak' ~~ ]

Love,
Mummy Yaya

Wednesday 12 March 2014

Percutian Pendek - Penang

Salam

Minggu lepas aku anak beranak ke Penang.Kebetulan lak En Babah outstation ke sana 2 minggu.Alang-alang bole la bercuti sekali ke sana.Aku bagi Teaser dulu la.






Nanti aku sambung cite eh..Gambar banyak dalam kamera blom transfer lagi..hehehehehe

[NotaKaki: 3 Hari 2 Malam ~~ ]

Love,
Mummy Yaya

Quotes Of The Day







[NotaKaki :Never Give up ~~ ]

Love,
Mummy Yaya