Mommy Yaya..Wife En.Polis

Mommy Yaya..Wife En.Polis

Teman-Teman Blogku

Wednesday 4 December 2013

Twin Towers in Pink- Let's Together Defeat Breast Cancer!

Salam, 


Untuk pengetahuan korang sume,bulan Oktober adalah sambutan Hari Kesedaran Kanser Payudara ato dalam bahasa omputehnye Breast Cancer Awareness Day.. Aku tengok kebanyakkan Corporate Company kat Malaysia ni menyahut seruan dengan memakai baju @ tshirt berwarna Pink atau makai Ribbon pink sebagai symbol menyokong kempen ini.

Buat pertama kalinye..PETRONAS,PETRONITA bersama-sama Jenama Kosmetik terkenal ESTEE LAUDER telah bekerjasama menerangi Landmark paling terkenal di Malaysia,PETRONAS Twin Tower dengan warna PINK untuk membantu kaum wanita meningkatkan kesedaran kepada mereka tentang kesihatan Payudara dan pengesanan awal  untuk mencegah Kanser Payudara..

Estee Lauder telah meraikan ulangtahun ke 21 tahun dalam menyokong kempen kesedaran kanser payudara, yang dipelopori oleh pengasasnya Evelyn Lauder yang merupakan seorang penghidap kanser tersebut yang masih hidup.

Bagi tempoh enam tahun yang lalu, Estee Lauder telah sepakat untuk menyalakan pelbagai mercu tanda ikonik di Kuala Lumpur dengan warna merah jambu, ia nya termasuk lah Pavilion, Bintang Walk, Farenheit 88 dan Pusat Sains Negara.

Jadi pada 18 & 19 Oktober lalu,giliran PETRONAS Twin Towers & KLCC Lake Symphony Fountain pula memancarkan cahaya berwarna Pink..Sangat-sangat cantik & AWESOME! 

Walaupun dalam hujan dan cuaca yang agak suram, tetamu, shoppers, dan orang kenamaan dalam pada masa yang sama telah dipaparkan dengan  pemandangan yang indah kerana ada daripada mereka sanggup meredah hujan dan berdiri di luar untuk melihat acara ini.

Mereka yang terlibat disebalik tabir untuk menjadikan Twin Towers berwarna pink adalah KLCC Team!BRAVO untuk kerja keras mereka itu!Memang cantik dan berbaloi dengan penat lelah mereka yang terlibat.TAHNIAH,TAHNIAH,TAHNIAH untuk mereka! 

Jom layan gambar-gambar PINKISH Twin Towers & Symphony Lake Fountain yang sangat menarik..

Official Banner

Barisan tetamu-tetamu VIP yang hadir

Kedua-dua Tower

PETRONAS Twin Towers & KLCC Lake Symphony Fountain


Pandangan dari Viewing Deck Level 86

Langit pun turut berwarna Pink terkena tempias pancaran Spotlight

hasil kerja KLCC team yang bersengkang mata untuk buat yang terbaik!

Selama 2 hari berturut-turut kedua-dua tower dilimpahi sinaran cahaya berwarna pink..Manakala Symphony Lake pula sehingga hujung bulan Oktober aritu..AWESOME! Coming Soon apa pulak ek?..Nanti kan je la apa yang bakal berlaku pada Towers & Symphony Lake ye!

Let’s Defeat Breast Cancer!We’re Stronger Together !

(p/s:475 biji Spotlight..Phewww!Salute!)

Love,

Mummy Yaya

No comments:

Post a Comment