Mommy Yaya..Wife En.Polis

Mommy Yaya..Wife En.Polis

Teman-Teman Blogku

Wednesday, 4 December 2013

Twin Towers in Pink- Let's Together Defeat Breast Cancer!

Salam, 


Untuk pengetahuan korang sume,bulan Oktober adalah sambutan Hari Kesedaran Kanser Payudara ato dalam bahasa omputehnye Breast Cancer Awareness Day.. Aku tengok kebanyakkan Corporate Company kat Malaysia ni menyahut seruan dengan memakai baju @ tshirt berwarna Pink atau makai Ribbon pink sebagai symbol menyokong kempen ini.

Buat pertama kalinye..PETRONAS,PETRONITA bersama-sama Jenama Kosmetik terkenal ESTEE LAUDER telah bekerjasama menerangi Landmark paling terkenal di Malaysia,PETRONAS Twin Tower dengan warna PINK untuk membantu kaum wanita meningkatkan kesedaran kepada mereka tentang kesihatan Payudara dan pengesanan awal  untuk mencegah Kanser Payudara..

Estee Lauder telah meraikan ulangtahun ke 21 tahun dalam menyokong kempen kesedaran kanser payudara, yang dipelopori oleh pengasasnya Evelyn Lauder yang merupakan seorang penghidap kanser tersebut yang masih hidup.

Bagi tempoh enam tahun yang lalu, Estee Lauder telah sepakat untuk menyalakan pelbagai mercu tanda ikonik di Kuala Lumpur dengan warna merah jambu, ia nya termasuk lah Pavilion, Bintang Walk, Farenheit 88 dan Pusat Sains Negara.

Jadi pada 18 & 19 Oktober lalu,giliran PETRONAS Twin Towers & KLCC Lake Symphony Fountain pula memancarkan cahaya berwarna Pink..Sangat-sangat cantik & AWESOME! 

Walaupun dalam hujan dan cuaca yang agak suram, tetamu, shoppers, dan orang kenamaan dalam pada masa yang sama telah dipaparkan dengan  pemandangan yang indah kerana ada daripada mereka sanggup meredah hujan dan berdiri di luar untuk melihat acara ini.

Mereka yang terlibat disebalik tabir untuk menjadikan Twin Towers berwarna pink adalah KLCC Team!BRAVO untuk kerja keras mereka itu!Memang cantik dan berbaloi dengan penat lelah mereka yang terlibat.TAHNIAH,TAHNIAH,TAHNIAH untuk mereka! 

Jom layan gambar-gambar PINKISH Twin Towers & Symphony Lake Fountain yang sangat menarik..

Official Banner

Barisan tetamu-tetamu VIP yang hadir

Kedua-dua Tower

PETRONAS Twin Towers & KLCC Lake Symphony Fountain


Pandangan dari Viewing Deck Level 86

Langit pun turut berwarna Pink terkena tempias pancaran Spotlight

hasil kerja KLCC team yang bersengkang mata untuk buat yang terbaik!

Selama 2 hari berturut-turut kedua-dua tower dilimpahi sinaran cahaya berwarna pink..Manakala Symphony Lake pula sehingga hujung bulan Oktober aritu..AWESOME! Coming Soon apa pulak ek?..Nanti kan je la apa yang bakal berlaku pada Towers & Symphony Lake ye!

Let’s Defeat Breast Cancer!We’re Stronger Together !

(p/s:475 biji Spotlight..Phewww!Salute!)

Love,

Mummy Yaya

Wednesday, 20 November 2013

Kek Keju ChocoBerry - All the way from JB..

Salam

Kalo entry ni agak-agak mengecurkan air liur korg..mintak mahap awal-awal ye! Kek ni kazen aku bawak dari JB.. Belanja kakak aku yang tengah bunting tu.. Tekak nak makan sedap je kejenye! hehehehe..

Aku ni nama je tukang buat kek.. Tapi amat jarang la aku makan kek.. Unless kalo tekak ni teringin baru la aku makan..huhuhuhu..

Kek ni memang sedap..En Babah & Yaya pon cakap sedap..Esp En babah yang hantu cheese kan.. Aku lak hanya makan stoberi yang fresh..kalo yang da diolah menjadi produk-produk lain memang aku tak berape gemor la..Tapi kek ni lain..mengabungkan sponge kek coklat & stoberi disiram lak ngan milky cheese & parutan block cheese..memang terangkat la kan!

Mekasih la kat kazen koi terr..nnti balik kampung bawak lagi ye... cenoet sangat bekasnye..tak cukup!
Insyaallah,nanti aku lak akan kuarkan kek keju versi aku lak...hehehhee..tunggu ye!
Kakak aku tu da sibuk2 tanye bile nak buat..huhhh.!

Pada kawan-kawan2 di JB yang rase teringin nak menikmati kek keju Chocoberry ni bole la PM Cik Sofera Sofe atau like page Choccyberry-Milky-Cheese-sofeanna di Facebook..Kalo nak jadi agent pon bole..

Layan jela gambo kat bawah yang sempat aku snap sebab da tak sabor nak ngap..Enjoy!


Berkabus..Baru kuar dari peti ais

Parutan block cheese yang banyak wat En Babah kecur liur

First bite

Selepas 1 minit...hahahahha


SEDAP,SEDAP,SEDAP! Tu je yang aku bole cakap..Tak tau la selera korang camne kan..


[Nota kaki : Milky cheese tu tak bape nak leleh sebab da byak hari dalam fridge kat kg..hehehe]


Love,

Mummy Yaya

Tuesday, 19 November 2013