Untuk pengetahuan korang sume,bulan Oktober adalah sambutan
Hari Kesedaran Kanser Payudara ato dalam bahasa omputehnye Breast Cancer
Awareness Day.. Aku tengok kebanyakkan Corporate Company kat Malaysia ni
menyahut seruan dengan memakai baju @ tshirt berwarna Pink atau makai Ribbon
pink sebagai symbol menyokong kempen ini.
Buat pertama kalinye..PETRONAS,PETRONITA bersama-sama Jenama
Kosmetik terkenal ESTEE LAUDER telah bekerjasama menerangi Landmark paling
terkenal di Malaysia,PETRONAS Twin Tower dengan warna PINK untuk membantu kaum
wanita meningkatkan kesedaran kepada mereka tentang kesihatan Payudara dan
pengesanan awal untuk mencegah Kanser
Payudara..
Estee Lauder telah meraikan ulangtahun ke 21 tahun dalam menyokong kempen kesedaran kanser payudara, yang dipelopori oleh
pengasasnya Evelyn Lauder yang merupakan seorang penghidap kanser tersebut yang
masih hidup.
Bagi tempoh enam tahun yang lalu, Estee Lauder telah sepakat
untuk menyalakan pelbagai mercu tanda ikonik di Kuala Lumpur dengan warna merah
jambu, ia nya termasuk lah Pavilion, Bintang Walk, Farenheit 88 dan Pusat Sains
Negara.
Jadi pada 18 & 19 Oktober lalu,giliran PETRONAS Twin
Towers & KLCC Lake Symphony Fountain pula memancarkan cahaya berwarna
Pink..Sangat-sangat cantik & AWESOME!
Walaupun dalam hujan dan cuaca yang agak suram, tetamu, shoppers,
dan orang kenamaan dalam pada masa yang sama telah dipaparkan dengan pemandangan yang indah kerana ada daripada
mereka sanggup meredah hujan dan berdiri di luar untuk melihat acara ini.
Mereka yang terlibat disebalik tabir untuk menjadikan Twin Towers berwarna pink
adalah KLCC Team!BRAVO untuk kerja keras mereka itu!Memang cantik dan berbaloi
dengan penat lelah mereka yang terlibat.TAHNIAH,TAHNIAH,TAHNIAH untuk mereka!
Jom layan gambar-gambar PINKISH Twin Towers & Symphony
Lake Fountain yang sangat menarik..
Official Banner |
Kedua-dua Tower |
PETRONAS Twin Towers & KLCC Lake Symphony Fountain |
Pandangan dari Viewing Deck Level 86
|
Langit pun turut berwarna Pink terkena tempias pancaran Spotlight |
hasil
kerja KLCC team yang bersengkang mata untuk buat yang terbaik! |
Selama 2 hari berturut-turut kedua-dua tower dilimpahi sinaran cahaya berwarna
pink..Manakala Symphony Lake pula sehingga hujung bulan Oktober aritu..AWESOME!
Coming Soon apa pulak ek?..Nanti kan je la apa yang bakal berlaku pada Towers
& Symphony Lake ye!
Let’s Defeat Breast Cancer!We’re
Stronger Together !
(p/s:475 biji Spotlight..Phewww!Salute!)
Love,
Mummy Yaya
No comments:
Post a Comment