Salam..
Apa kaba sume? Da lama tak menghupdate blog
nih.Nampak cam da bersawang lak..Hehehehehe…
Sibok dengan keje.So masa untuk update blog ni
sangat terhad la kan..Ni pon curi-curi masa update..Hehehehe..
Lately ni badan rase kerap penat & lesu
je..Nak kata pembawakan budak,memang tak la(sebab memang takde..hehehe)..
mungkin sebab penat keje,keje-keje kat umah lagi dan yang paling penat melayan
si tecik ,Cik Yaya yang da macam-macam ragam..Fuhhhh..Mencabar sifat
ke’mummy’an aku..hahahahhaha..Ape-ape pon seronok tengok dia menakal walupon
dalam hati alahai geram ya amat!Paling tidak aku tau anak aku tu
normal…Alhamdulillah..
So bile badan da penat,nak tido je la
kejenye..aduhaiiii!tak bole jadi ni..dalam pada masa yang sama aku mengidap
sakit urat belikat dgn urat kaki..Allahuakbar!banyak sangat sakitnye! Memang
sakit la kan..terhencot-hencot kalo berjalan..takpe..sakit tu penghapus
dosa!Alhamdulillah..sekurang-kurangnya aku tau ALLAH masih sayangkan aku..
En babah bile tengok aku sakit sana sini,lesu je
dia pon naik kesian la kat bini dia nan dobok ni..dia pon amik inisiatif gi amikkan
aku supplement kat Klinik Horeb Services Sdn Bhd(panel klinik company En
babah)..nak ke SPA manje-manjekn diri mane la kitaorg ni ada duit kan..so amik
supplement mungkin la bole kurangkan skit rase penat tu..
Jom aku kongsikan supplement ape yang aku amik
berserta dengan khasiatnye skali..
|
Misi ni da lekat
label kt botol,kat penutup pon tulis
lagi..Hadoi..
|
|
Pharmaton,Fish
Oil & Vitamin C Organic
|
|
Beso – beso ulasnye..Sib baik la tekak ni bole telan…hik3 |
Omega 3 Fish Oil :
Ada 7 kebaikan Omega-3 Minyak ikan/ Fish Oil yang kita perlu ketahui.
1) Mengurangkan
kesakitan dan keradangan
2) Menjaga Kesihatan
Kardiovaskular
3) Mencegah
serangan stroke dan serangan jantung
4) Memperbaiki Fungsi Otak dan
meningkatkan kecerdasan
5) Mengurangkan Depresi dan Psikosis
6) Menurunkan kadar insiden Gangguan
Kesihatan Kanak-kanak / Childhood Disorder
7) Menyokong kesihatan mata
Vitamin C Organic:
KEBAIKAN
VITAMIN C:
- Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata,
licin, gebu, berseri
- Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam,
memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
- Merawat penyakit kulit seperti bisul, ekzema, dermatitis, juga
batuk serta demam selesema
- Membasmi bakteria jerawat dan merawat parut
- Anti penuaan dan anti kedut
- Mengatasi masalah resdung dan alahan
- Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar
adrenal, dan juga mengekalkan kesihatan gusi & gigi
- Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran, jangkitan
serta meningkatkan imuniti
- Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, dan mencegah
aterosklerosis
- Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan
penyembuhan luka dan pengeluaran hormon anti-stress
- Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak
sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung
bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi
- Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik
yang tidak berbahaya
- Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering
dirosakkan oleh radikal bebas
- Membantu tubuh menyerap zat besi yang berlebihan, berguna dalam
rawatan anemia
- Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan
sel darah merah dan menurunkan paras kolesterol dalam darah
- Merawat jangkitan saluran kencing
- Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain
Vitamin
C adalah jenis sustained released atau pelepasan
perlahan-lahan, dalam masa 6 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita
mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.
SANGAT SESUAI UNTUK:
- wanita dan lelaki,umur 12 tahun keatas
- Ibu mengandung
- ibu yang menyusukan bayi (menambahkan air
susu)
- boleh diambil ketika haid
- mereka yang mengambil supplement kolagen dan
glutathione
(mengoptimumkan fungsi dan
serapan bahan tersebut oleh badan)
- mereka yang mementingkan kesihatan dan
kecantikan kulit
- perokok (mengurangkan penyerapan nikotin)
- mangsa kemalangan yang cedera/pembedahan,
melecur
Pharmaton
Khasiat – khasiat PHARMATON
· Meningkatkan
metabolism badan
· Meningkatkan
kecerdasan mental
· Meningkatkan
daya ingatan
· Mengurangkan
tanda-tanda keletihan
· Menguatkan
sistem imun
· Memulihkan
tenaga fizikal
. Meningkatkan
keupayaan untuk menentang gangguan kepada kesihatan
Kata
org suami yang sayangkan isteri adalah suami yang bukan saje bole beli ape saja
yang isteri inginkan..tetapi adalah suami yang sangat mementingkan &
menitikberat kesihatan isteri dan keluarga..Thanks Abang..Could not ask for
more than this..
Memang
jenuh weh nak telan sume ubat ni..da la ulasnye beso-beso..bau lak..hurmmm
Allah je la yang tau…hik3..tapi demi untuk kesihatan dan memikirkan susah payah
suami mendapatkan ubat ni,REDHO je la..bukan untuk sape pun..Untuk diri sendri
jugak..Bak kata Pepatah,Mencegah lebih baik dari mengubati..
(
p/s:Da nak habis,kena amik lagi )
Love,
Mummy
Yaya