Da lama pn cite ni..Aku kawin ngn En babah pun da hampir 3 tahun.. Tapi sangat seronok sebab kami antara pasangan yang bertuah dipilih oleh Pihak JAWI & Baitulmal untuk diraikan secara beramai2 bertempat di Masjid Wilayah persekutuan pada 4/12/2010..uish..da lama..da 2 tahun lebih da..tapi kenangan tu tetap segar dalam ingatan...
Majlis telah di rasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom. Seramai 285 pasangan yang bertuah telah di pilih untuk majlis tersebut. Okey lah tu...sepasang persalinan berwarna silver untuk aku & en babah..pada majlis tu jgk sumbangan wang telah diterima oleh setiap pasangan pengantin..Alhamdulillah..
ATURCARA MAJLIS MERAIKAN PASANGAN PENGANTIN 1 MALAYSIA SECARA BERAMAI-RAMAI 2010 WILAYAH PERSEKUTUAN
Tarikh / Tempat : 4 Disember 2010 (Sabtu),
Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur
Aturcara Program
8.30 pagi – Ketibaan pasangan pengantin dan sesi pendaftaran
10.15 pagi – Ketibaan tetamu jemputan
10.30 pagi - Ketibaan tetamu kenamaan
10.50 pagi - Ketibaan YBhg. Dato’ Che Mat bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI) dan YBhg. To’ Puan Hajah Rakiah Mariana Binti Latiff.
- Ketibaan YBhg. Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan YBhg. Datin Hajah Saadiah binti Haji Ahmad Rashdi
- Ketibaan YB Senator Dato’ Mashitah binti Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Datuk Abdul Shakor bin Abu Bakar
11.00 pagi - YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (Bersara) Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg Datin Seri Hajah Fatmawati binti Haji Saidin.
11.10 pagi - Bacaan ayat suci Al-Quran
11.20 pagi - Ucapan Alu-aluan oleh YBhg. Dato’ Haji Che Mat bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
11.30 pagi - Ucapan meraikan pasangan pengantin oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil
Khir bin Haji Baharom (Bersara) Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
12.00 tgh hari - Bacaan doa
- Gimik
- Penyerahan Mock Cheque
- Penyampaian Cenderahati
- Makan tengah hari
- Sidang media
1.30 petang - Solat Zohor dan bersurai
kalo nak tengok artikel pasal majlis ni KLIK DISINI .. aku kt belakang skali...hehehehehe...
Meh tengok gambo sekitar majlis yang udah tentunye banyak gambo aku ngan En babah je la kan...
Makeup done by myself..opkos la xsecantik mak adam makeupkan..tp sweet kata en Babah
Aku & En Babah sebelom masuk dalam dewan
Sebahagian dari 285 pasangan yang diraikan haritu...
Aku lagi..comel x?kih3
Pentas utama..Majlis dirasmikan oleh Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Hj Baharom.
En Babah yang cover hensem! (Hensem ke?!!..ngehhh3!)
Antara pasangan Mualaf yang turut diraikan bersama2...1Malaysia la katakan
Aku lagi..Bam2 giler time nih! TQ kat Ayong sebab tolong jahitkn manik kt lengan n hujung baju!
My HERO!
Me & En Babah lagi....
Ni la venue nye..Masjid Wilayah Persekutuan.Sumpah giler besar masjid ni.Amat selesa utk solat...
Lastly
Gambo gedik aku & En Babah la... Camwhoring sungguh!
(Alhamdulillah,2012 tahun yang sangat bermakna untuk kami berdua)
Loves,
Mummy Yaya